Wednesday, 19 December 2012


Kawan ? Siapa yang tidak perlukan kawan di dunia ini . Aku yakin semua manusia yang berperasaan mempunyai kawan . Kawan juga mempunya pelbagai jenis . Ianya sama seperti barang . Ada yang harga mahal , tapi qualitinya tidak memuaskan . Ada yang murah tapi 2 jam pakai sudah hancur . Ada yang murah tapi tidak cantik . Ada yang cantik tapi tidak tahan . Tapi ada sejenis yang menjadi idaman semua orang , harga berpatutan , baik kualitinya . Begitu juga kawan . Semua mahukan kawan yang setiasa mempuanyi kualiti  yang baik sama ada dari segi perangai , percakapan atau sebagainya . Yang paling penting dalam persahabatan adalah kepercayaan dah semangat setia kawan :) 

Dan sekarang aku mahu menceritakan tentang semangat setia kawan-kawan aku . Aku sebernarnya terharu kerana hingga kini masih ada yang cuba memujukku . bertubi-tubi panggilan dan pesanan berlumaba-lumba memasuki halaman telefonku . Lautan kata-kata semangat dicurahkan kepadaku . Itu semua mereka lakukan demi menggembirakan aku . walaupun ada di antara mereka berjaya dengan keputusan yang memuaskan , mereka tetap merendahkan diri memujukku dan memimpin aku untuk sama-sama bangun . Itu lah sahabat . Seorang sahabat tidak akan pernah sanggup melihat dan meraikan kejatuhan sahabatnya . Jatuh bangun sahabat merupakan jatuh bangun diri kita juga . Terima kasih rakan yang sentiasa ada bersama aku untuk meraung bersama , tertawa bersama . Tiada apa yang dapat aku beli atau tukarkan untuk membalas perbuatanmu yang terlalu baik dan amat membantuku untuk meneruskan hidupku.


Denganmu sahabat , aku masih di bumi  . Masih mampu tersenyum walaupun kadangkala senyuman itu tidak ikhlas dihati dan palsu semata-mata . Tapi sekurang-kurangnya , aku masih bisa melukiskan senyuman di wajahku . Terima kasih kerana memimpin  tanganku  untuk sentiasa bersamamu di jalan yang benar dan di jalan menuju kejayaan . Terima kasih kerana menyambutku tubuhku sebelum aku menyembah bumi . Terima kasih kerana mengotorkan tangan sucimu untuk menyapu butir-butir jernih di pipi ku . Terlalu banyak pengorbanan mu yang tidak dapat aku ceritakan di sini . Hanya terima kasih yang mampu akan katakan . InsyaAllah aku akan kuat selagi kalian ada di sisi ku .