The Supergirl


ABOUT ME
° Aina Farisya An Nabilah , Ctot Katik
° 16
°Seremban
° Kolej Vokasional Ampangan 

PART OF MY LIFE
° Ibu
° Ayah
° Kawan
° Make up

FALSAFAH HIDUP
Do everything I want to do as long as I never hurt everybody or make someone in trouble .
 Aku adalah aku dah aku tetap aku .
Peduli apa orang kata , yang penting kita masih sedar siapa diri kita . Berselesalah dalam hidup sendiri dan jangan terpenjara dengan kata-kata orang sekeliling 

RIWAYAT HIDUP
7 tahun , 12 tahun , 13 tahun , 16 tahun



Seorang gadis bermata sepet yang lahir dari rahim seorang ibu yang penyayang hasil hubungan dengan suaminya yang bertanggungjawab . Pada 31/08/1997 ibu telah dikejarkan ke Hospital Besar Seremban untuk menyambut kelahiranku . Untuk bertarung nyawa mengeluarkan aku supaya dapat dikenalkan aku kepada seluruh dunia . Tepat jam 3.59 pagi bertarikh 1/09/1997 keluarlah aku dari pintu tubuh ibuku . Lahirnya aku bersama darah-darah dan aku hanya mampu menangis . Mungkin hanya itu yang mampu aku lakukan sebagai kanak-kanak yang baru 9 bulan usianya didalam kandungan ibunya . Kedengaran suara azan mendayu-dayu di alunkan oleh bapaku ( aku rasalah sebab aku memang tak ingat pun ) .


Dibesarkan di sebuah rumah sederhana yang terletak di tengah bandar Seremban . Di sinilah aku memulakan hidupku .Aku merupakan seorang anak kecil yang sangat ceria dan lincah . Merupakan anak ke tiga daripada tiga adik beradik . Merupakan anak perempuan tunggal di dalam keluargaku .Mungkin itulah penyebab mengapa aku lebih rapat dengan ayahnda aku . Di mana ada ayah , di situ ada aku . Ayah ke hutan aku ke hutan , ayah bekerja aku mengekori , ayah bersukan aku turut sama bersukan , ayah melempar mata kail aku turut sama memancing . Begitulah akrabnya hubungan aku dengan ayah . Tapi itu tidak bermakna hubungan aku dengan ibu tidak baik . Aku juga rapat dengan ibu . Segala luahan rasa aku lebih selesa luahkan dengan ibu . Bak kata orang , ibu mempunyai naluri yang kuat tentang anaknya . Ibu juga lebih penyayang dan lebih mengeri keadaan kita . 

Menjejakkan kaki ke sekolah tadika yang di panggil pasti (pusat asuhan tunas islam) sejak berumur  5 tahun lagi .  Dan aku sudah semestinya seorang yang sangat tidak sabar untuk ke skeolah.sanggup menangis berjam apabila tidak dapat ikut menghantar abang ke sekolah . hehe . Alhamdulilah , aku merupakan seorang insan yang dikurniakan kepandaian . Kepandaian aku sudah mula terserlah sejak di tadika lagi apabila sering mendapat markah 90% dan ke atas .Kemudian aku menyambut pengajian aku ke sekolah kebangsaan rahang . Juga menjadi seorang pelajar yang cemerlang . takdelah cemerlang sanagat , kira boleh tahanlah :D pernah jatuh menurun ketika darjah 5 tapi kmbali naik ketika di darjah 6 . Alhamdulilah , UPSR 4A1B .

 Kemudian menyambung pelajaran ke SMK Dato Hj Mohd Redza . Merupaka seorang pelajar yang agak nakal . bukan agak nakal tapi sangat nakal !Meupakan buruan guru-guru . haaha well biasalah budak baru nak menigkat remaja . Dan sekarang aku merupaka pelajar Kolej Vokasional Ampangan . Di sini aku bertekad untuk merubah hidup aku agar menjadi lebih baik . Bercita-cita menjadi doctor haiwan sejak kecil tapi kini cita-cita itu harus aku kuburkan dengan mengikut segala apayang tersedia di depan mata sebagai pelajar kolej vokasional yang mengambil jurusan pengurusan perniagaan . Aku bertekad merubah hidup . InsyaAllah aku boleh :)

Aku kini merupakan seorang gadis periang , ceria dan talkactive ! Aku juga gemar bergaya ! :D itu memang bidang akulah ! hehe . Makeup ? Lagilah ! Aku memang hantu makeup . Aku bermakeup bukan kerana tidak sukakan rupa aku . Aku memang sentiasa comel , cuma aku gemar bemakeup . mungkin itulah hobby aku . AKu akan terus bersama hobby aku selagi ianya tidak mengacau sesiapa :) Aku aadalah aku dan aku tetap aku ! Suka berkawan dan pantang sekali bergambar . haha okay memang kaki bergambar aku ni ! cita-cita nak jadi photographer tu memang ada . InsyaAllah satu hari nanti . Mempunya berjuta rakan dan beratus sahabat . Alhamdulilah aku dikurnikan banyak sahabat yang sanggup bersusah payah bergembira bersenang lenang bersedih bersama . Alhamdulilah . 

Contact me  : 

https://twitter.com/CtotKatik
http://www.facebook.com/me.is.ctot
Skype : farisyana / ctot katik