Wednesday 17 April 2013

Hey girl , aku ada pengalaman untuk diceritakan . Baiklah , ini adalah pengalaman aku , sebarang ketidak puas hati tidak akan dilayan . And aku rasa entry kali ni lebih sesuai dibaca oleh kaum hawa kerana isi-isinya mungkin menyakitkan hati kaum adam tapi kalau nak baca okay je , mungkin kau boleh terbalikkan cerita ni untuk menceritakan kaum hawa . MUNGKIN . baiklah ....

Ini cerita 2 tahun lepas ...
Aku ada sorang boyfriend , okay handsome nak mampus , sweet nak mati , kaya nak meniggal dan banyak lagilah benda best-2 kat dia . dia memang sentiasa ada masa untuk layan aku , aku je yang kadang2 takde masa nak layan dia ;p hahaha . okay itu bukan point dia . dia dah banyak kali dah ajak aku tidur sekali janji macam-2 itu ini itu ini .tapi masa tu aku sangat takut ! iyelah bawah umur lagi . tapi dia yakin kan aku macam-2 . janji dia manis sangatsangat , kalah gula-2 ! Dia pujuk aku dari hari ke hari . Tapi Alhamdulilah , mungkin tuhan nak lindungi aku , aku tetap taknak and aku bagi macam macam alasan . Ada satu hari ni , ada perempuan cari aku cakap yang boy aku tu boy dia laa , dah lama couple laa apa laa . aku pulak jenis tak kesah pasal pakwe2 ni . aku mengalah jelaa

Sekarang ....
Aku tengok lelaki tu dah pun kahwin . dengan perempuan lain ! bukan aku , bukan juga perempuan yang pernah jumpa aku tu . Haish lelaki-2 , macam-2 janji , tapi tengok apa sudahnya ? dia kahwin dengan orang lain . Bayangkanlah kalau aku gadaikan maruah aku untuk dia , tentu aku menderita sekarang . Alhamdulilah laa Allah lindungi aku dan memelihara maruah diri aku. Sekarang dia dah bahagia , apa agaknya yang dah jadi dengan perempuan-2 lain yang pernah jadi ex dia . aku ada juga dengar cerita2 tapi malas nak layan . hehe .

So kesimpulannya
Janganlah kita percaya cakap lelaki yang masih belum sah menjadi milik kita . perliharalah maruah kita sebab maruah kita tak ada gantinya . Lelaki cakap memang senang , tapi tengoklah apa akhirnya ....... lelaki tak rugi apa pun tapi kita sebagai perempuan ni yang menderita . kalau tak mengandung kita bernasib baik jugaklah tapi kalau mengandung ? masyaAllah , kan panjang ceritanya nanti . so fikir-fikirkanlah okay :)