2A6B sahaja ?! Menangis ? Hanya itu yang mampu dilakukan oleh ku . Air mataku bagaikan selaut air yang tidak mampu kering . Mengalir bagai paip air yang bocor yang tidak mampu dibaiki lagi . Hatiku hancur bagai kaca-kaca yang terhempas membadai bumi yang tidak mungkin mampu untuk bercantum semula . Muka ku bagaikan di pijak-pijak oleh manusia-manusia yang berdiri megah di bumi manakala diriku hanya mampu tunduk ke bumi . Menundukkan wajah dan langsung tidak ku angkat bagai persalah yang menunggu masa untuk menerima hukuman . Adakah ini balasan dari masa laluku yang telah aku sedari dan sudah juga aku insafi . Adakah ini kerana aku selalu mengecewakan insan-insan lain ? Ahh ! Pelbagai anggapan berada di fikiranku . Fikiranku ligat berfikir bagaikan gasing yang mampu menewaskan lawannya .
Ya Allah , semuanya hancur ! Semua harapan terutama sekali harapan orang yang menyayangi aku dengan kukuh yang tidak mungkin sayangnya di gugat oleh mana-mana insan . Aku telah mengecewakan insan yang mengharapkan aku untuk memberi kebagaiaan agar dirinya di rasa di hargai , agar dirinya tidak menyesali tindakkannya berlawan dengan ajal yang mungkin meragut nyawanya . Ini semua demi menunjukkan dunia kepadaku . Aku bagaikan seorang anak yang tidak menghargai usaha ibunya mengusungku kesana kemari . Ibu , maafkan aku kerana tidak menjadi kebangganmu . Maafkan aku kerana mematahkan harapan seorang ibu untuk melihat anaknya berjaya meredah gelora hidup . Tapi hari ini aku tewas di badai ombak kecil . Ya ! ianya hanya ombak kecil dan aku gagal ! Ya Allah .
Mahu tidak mahu , segalanya telah terjadi . Segalanya tidak mungkin di ubah oleh mana-mana kuasa . Ini lah rezekiku . Aku terima semuanya . Aku harus reda . Kini aku jatuh tersungkur dan di tertawakan oleh suara-suara dunia tapi aku berjanji akan ku buktikan semuanya pada dunia yang aku bakal membawa kejayaan . Akan ku buktikan siapa diriku yang sebernarnya . Aku janji untuk menebus segala kekecewaan pada hari ini . Aku janji untuk bangkit semualah memberi kejayaan pada orang yang mengharapkan kejayaanku . Aku janji . Ya , aku janji ! Benarlah kata pepatah , hidup ini ibarat roda . kadang kala kita di atas dan kadangkala kita di bawah . Ibu , aku janji unutk menebus segala kecewaan kita pada hari ni . Akan ku ubati segala luka-luka . Akan ku cuba ibu . Semuanya demi membalas jasamu !


