Apabila aku menyarungkan baju rasmi Kolej Vokasional Ampangan , ini bermakna aku telah secara rasminya menjadi pelajar Kolej Vokasional Ampangan . Aku memilih untuk mengambil khusus pengurusan perniagaan . Aku rasa inilah jalan terbaik untuk diri aku . Aku bukannya menguburkan cita-cita ingin menjadi doctor , tapi aku mengikut keadaan yang mendesak aku . InsyaAllah , semua orang ada rezeki masing2 . Siapa tahu rezeki aku ada dalam bidang ni . Semua orang boleh berjaya dengan usaha . Aku akan usahakan yang terbaik . Kalau boleh aku nak dapatkan 4 flat! Boleh sambung ambil degree . Nak lulus pun tak susah . Cuma perlu dapat 2 pointer ke atas . Aku pulak sepenuhnya ikut format university . Ikut sem . :D Cuti pun lama kalau lulus . Belajar 15 minggu , cuti 5 minggu ! itu untuk 1 sem :D apak best ! haha . Aku baru 3 hari menjejekkan kaki ke sekolah tu .Serious penat sebab balik pukul 5 setiap hari !
Hari Pertama :
Hari pertama merupakan hari pendaftaran . Tak banyak yang aku lakukan .datang ke kolej dengan ibu , dengar taklimat yang juga merupakan bebelan lepastu daftar kat kelas and beli barang2 dekat koprasi !Okay senior2 lelaki dah pun mula menjual minyak pada hari pertama . wangi2 minyak yang dijual . hampir tergoda aku ! haha . Tapi biasalah , itu semua adat sebulan pertama .mengusik2 junior kann . Senior siap paksa sama rumah sukan dengan dia . dengan kena sakat lagi . haish malu k malu . aku mampu bertahan lagilah sebab iman kuat :D haha . aku datang dengan satu misi iaitu ingin berjaya . aku tak mahu benda2 remeh macam ni rosakkan aku ! lagipun aku dah muak dengan semua ni .haish
Hari kedua :
Hari kedua merupakan hari suai kenal yang juga hari yang membenarkan guru-guru menggunakan mikrofon secara berleluasa untuk membebel , mengata , mengajar kami . haish naik gugur semua taik telinga aku ni ! penat . Kawan ? hahaha k ini kelakar . kelas aku (ppn) hanya mempunya 5 orang ! haha lol >,< perempuan pulak ada 16 orang . 3 orang duduk luar yang lain duduk dalam . minggu depan tinggal 2 orang je dududk luar sebab sorang lagi dah dapat tawaran duduk dalam . Sepanjang perjalanan ke kantin dan tandas , senior2 lelaki dan perempuan mula memerhari .mencari target masing2 . tak kurang jugak sakatan serta sekatan yang mereka lakukan !
Hari ketiga :
harini kekacawan , sekatan dan sakatan lebih kepada pelajar sama batch ! ergh ada ke patut aku pergi ke tandas , tinggalkan buku , bila aku balik dekat buku aku ada tulis "i love you" . siap lukis bentuk love lagi . haish ! geram hati aku ! Lepastu budak2 auto and kimpalan memekak2 panggil nama aku ! tension aku ! mintak number apa bagai . hasih ! Senior pun ada juga kacau2 , main target2 . ish2 .
Redzarian , aku rindu sangat dengan korang semua . serious semangat aku hilang .jiwa aku tak tenteram . malam2 aku menangis sebab terlalu rindukan kroang ! suasana kat sana berbeza sangat dengan suasana dekat redza . kawan2 aku semua tak sesporting kroang . dekat dewan makan pun sunyi sepi . satu suara pun tak dengar . kalau tak redza , memang suara kita je ada ! haaha satu canteen boleh dengar ! makanan aku bawa pun boleh cukup unutk pagi and petang . selalu kat redza , awal2 pagi dah habis . haha kongsi makanan mestilah kan . rindu semua tuu ! ;( harap korang pun rindu akuu




