Setelah hampir sebulan setengah kami bercuti , tiba masanya untuk kami kembali ke sekolah ! Dan aku tahun ini merupakan pelajar tingkatan 4 di sekolah yang sama :( Sekolah yang banyak menyimpan segala rahsia aku selama tiga tahu . Sekolah yang menjadi saksi kepada pembesaran aku sebagai remaja . Bukti kukuh persahabatan aku bersama rakan-rakan aku. Memang sekolah ini banyak meninggalkan kesan manis buat aku tapi tak lupa juga untuk meninggalkan kesan-kesan buruk . HAHA biasalah sebagai pelajar kelas cemerlang yang nakal , aku semestinya popular di kalangan guru-guru . Seorang pelajar yang sering juga keluar masuk bilik kaunseling . HAHA ;p watlek biasalah dunia remajaa .
Aku seorang yang sering keluar masuk ke bilik kaunseling kerana perangan aku yanga agak nakal ;p haha cikgu semua nak aim aku je :( setiap kali jumpa , ayat sama je. Aina awak ni pandai cuba-cubalah ubah perangai awak tuu . Padahal salah aku bukanlah teruk sangat . Cuma selalu datang lewat , makeup-makeup and gaduh kadang-kadang . Alah kalau aku gaduh pun bukan bertumbuk main tarik rambut macam orang lain . Aku cuma menggunaan otak dan kata-kata untuk menjatuhkan lawan :D hehe mestilah selalu menang . Lawan semua pakai body , aku pakai fikiran . haha . Entah aku jenis tak suka membangga diri tapi aku paling pantang bila ada orang hina aku . Tu yang terus melenting tuu . Kalau nak tahu more , tanyalah budakbudak SMK Dato Haji Mohd Redza . Mereka kenal sangat dengan Aina Farisya :D ahaha *perasan japp
Dan seperti kebanyakkan pelajar yang tidak mahu ke sekolah dan mahu cuti lagi , begitulah aku ! haha ! Tak puas cuti woiii !Bagilah cuti lebih2 sikitkann barulah puas . Tapi dalam waktu yang sama berkobar-kobar jugak nak pegi sekolah . Iyelah , semua baru . Kasut baru baju baru tudung baru azam baru . HAHA lagipun dah lama tak bergosip dengan kawan-kawan ! And seperti kebiasaan , awal-awal tahun masing-masing mesti baik . Kerja semua siap . Tapi biasalah itu awal-awal je . Bila dan dua bulan , buku pun tah mana-mana . JANGAN NAFIKAN ! itu semua fakta remaja-remaja sekolah menengah !
Dan sekarang aku hanya menanti detik-detik untuk menjejakkan kaki ke sekolah kembali . Yeah of course aku over night and terus pergi sekolah . HAHA macam biasalah kann . Dan sudah pasti aku akan ke sekolah tanpa sebarang buku ! haha . Buku semua tak beli lagi lol! haha okaylah tangan aku pun dah menggigil taip banyakbanyak ni . Kalau ada cerita , aku update lagi ! byebye :*




